Header Top Navigation

KENS Apothecary | Luxury Beauty Brands
(0)
LOG IN / SIGN UP

Majlis Nikah NEELOFA Dikelilingi Lilin Mewah Buatan Paris. Lilin Yang Sama Digunakan di Perkahwinan Prince Harry & Meghan Markle.

By KENS apothecary

Posted in

Sudah dijangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut sambung-menyambung sesak di
media sosial. Itulah pernikahan yang dinantikan rakyat Malaysia – figura bernama Neelofa!

Antara ada yang terpegun atau mungkin ‘juih bibir’, hakikatnya majlis yang cuba ‘disorok-sorok’
pada awalnya itu tetap menjadi pencarian paling tinggi sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Malah sebelum itu lagi, kala bau-bau nasi minyak sudah terhidu, pihak netizen sudah mula tak senang duduk.
Ramai mula membongkar persiapan majlis nikah Neelofa dan Haris.

Okey cukuplah tu. Penulis tak perlu menulis panjang lebar lagi tentang apa yang berlaku semalam?
Tentang tetamu yang hadir, solekan atau busana, pasti sudah ramai menulis berkenaan itu.

Yang menarik perhatian penulis (mungkin ramai tak tahu dan tak ambil tahu pun),
pada majlis yang diadakan dengan tema serba putih itu sebenarnya
terselit susunan lilin mewah di atas meja hadirin dan pengantin.

Ratusan Lilin Mewah Menghiasi Meja Santapan

Menyerikan lagi dekorasi dewan nikah dengan terbitan aroma yang sungguh mengasyikkan,
Neelofa telah memilih lilin daripada jenama wangian mewah dari Paris iaitu, Diptyque.

Anggaran keseluruhan nilai lilin itu pasti mencecah puluhan ribu ringgit kerana satu pot
lilin itu saja sudah mencecah ratusan ringgit. Memang enak baunya, semarak keharuman kayangan.

Antara aroma lilin yang kelihatan di situ ialah Baies, Roses dan beberapa lagi jenis
aroma yang pasti membangkitkan aura romantis dan asyik.

Menariknya lagi jenama lilin ini juga turut menjadi pilihan Prince Harry dan isterinya,
Meghan Markle untuk menghiasi dekorasi majlis pernkahwinan mereka pada tahun 2018. Fuhh!

BAIES CANDLE

ROSES CANDLE

TUBÉREUSE CANDLE

About The KENS apothecary

No comments yet.

Leave a Reply

Comment


btt